🏸 BEST PAGI ONZ Bersama PPD Pasir Gudang
Baru-baru ini, Best Pagi Onz berkesempatan meluangkan masa dengan menyertai aktiviti riadah bersama barisan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang melalui permainan badminton. Aktiviti ini...
Baru-baru ini, Best Pagi Onz berkesempatan meluangkan masa dengan menyertai aktiviti riadah bersama barisan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang melalui permainan badminton.
Aktiviti ini bukan sahaja menjadi peluang untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pasukan Best Pagi Onz dan warga pendidikan di daerah Pasir Gudang.
Walaupun ada yang turun ke gelanggang dengan gaya seperti pemain profesional, akhirnya yang penting adalah semangat kesukanan, gelak tawa dan kemeriahan sepanjang permainan! 😆🏸
Bagi kami di Best Pagi Onz, aktiviti seperti ini menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna. Selain dapat beriadah bersama, kami juga dapat mengenali dengan lebih dekat barisan PPD Pasir Gudang yang sentiasa komited dalam memastikan dunia pendidikan terus berkembang.
Terima kasih kepada barisan PPD Pasir Gudang terutamanaya TN HJ. RAZALI BIN TAMADI (PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG) atas sambutan dan masa yang diluangkan bersama kami. Semoga selepas ini lebih banyak aktiviti dapat dianjurkan bersama.
Best Pagi Onz — bukan sekadar ONZ di radio, tapi ONZ juga di gelanggang! 🔥🏸
No Comment! Be the first one.