Layakkah Suara Besar Ini Ke Konti?
Pertemuan dan perpisahan itu lumrah kehidupan. Setiap langkah yang kita lalui pasti meninggalkan kenangan dan pengajaran yang cukup bermakna. Ryn amat bersyukur kerana pernah dipertemukan dengan...
Pertemuan dan perpisahan itu lumrah kehidupan.
Setiap langkah yang kita lalui pasti meninggalkan kenangan dan pengajaran yang cukup bermakna. Ryn amat bersyukur kerana pernah dipertemukan dengan guru-guru yang bukan sahaja mendidik tentang ilmu di dalam kelas, malah membentuk siapa diri saya hari ini. Teguran, nasihat dan doa kalian menjadi kekuatan untuk saya terus melangkah walaupun pernah jatuh dan hampir mengalah.
Dulu saya hanya seorang pelajar yang menyimpan impian kecil untuk berada di belakang mikrofon. Ada yang memandang biasa, ada juga yang meragui kemampuan saya. Namun guru-guru sentiasa memberi semangat agar saya yakin dengan kebolehan diri sendiri. Dari situlah saya belajar bahawa kejayaan bukan datang dengan mudah, tetapi hadir bersama usaha, disiplin dan doa yang tidak pernah putus.
Alhamdulillah. Hari ini, akhirnya saya berjaya menggapai impian yang dicitakan. Di sebalik setiap kejayaan ini, ada jasa guru-guru yang tidak mampu dibalas dengan kata-kata. Terima kasih kerana pernah hadir dalam perjalanan hidup saya. Walau ada pertemuan dan perpisahan, segala ilmu dan kenangan akan sentiasa terpahat di hati. Buat guru-guru yang masih ada, semoga terus diberikan kesihatan dan kebahagiaan. Dan buat guru-guru yang telah meninggalkan kita, AL FATIHAH. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan segala imu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang terus mengalir hingga ke syurga.
Selamat Hari Guru, Cikgu!

No Comment! Be the first one.