Bekalan minyak Malaysia tidak mencukupi?
KUALA LUMPUR: Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan daripada minyak mentah dan produk yang pelbagai serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks...
KUALA LUMPUR: Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan daripada minyak mentah dan produk yang pelbagai serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Mohd Yazid Jaafar, berkata Malaysia kekal berdaya tahan dari segi operasi dan bekalan domestik, disokong oleh Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), pengurusan stok negara serta kemudahan sedia ada di PIPC dan lokasi-lokasi lain.
MPRC ialah sebuah agensi Kementerian Ekonomi yang diberi mandat untuk membangunkan dan mempromosikan sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas Malaysia. Ia termasuk memperkukuh keupayaan industri, menarik pelaburan dan menyokong pengantarabangsaan penyedia perkhidmatan tenaga di Malaysia.
Beliau berkata, operasi di peringkat dasar juga boleh diaktifkan sekiranya keadaan memerlukan. Bagaimanapun, katanya walaupun rizab minyak Malaysia bukan satu perkara yang membimbangkan, namun negara ini seperti kebanyakan ekonomi lain tidak sepenuhnya terlindung daripada pergerakan harga minyak mentah global kerana Malaysia masih mengimport sebahagian besar minyak mentah dan produk petroleum bertapis, katanya.
No Comment! Be the first one.