Set Alarm Jam 11 Pagi! MV Dendang Dondang Raya Best FM Dilancar Esok
JOHOR BAHRU, 12 MAC 2026: Selepas kali terakhir menghasilkan lagu raya pada tahun 2018 menerusi lagu “Bestnya Raya”, tahun ini Best FM kembali menceriakan Aidilfitri dengan sebuah karya baharu yang...
JOHOR BAHRU, 12 MAC 2026: Selepas kali terakhir menghasilkan lagu raya pada tahun 2018 menerusi lagu “Bestnya Raya”, tahun ini Best FM kembali menceriakan Aidilfitri dengan sebuah karya baharu yang lebih segar, bertenaga dan penuh warna-warni berjudul “Dendang Dondang Raya.”
Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Arunara, dengan susunan muzik yang mantap daripada arranger berbakat Mahathir Vai. Menggabungkan elemen zapin moden bersama sentuhan muzik kontemporari, “Dendang Dondang Raya” tampil sebagai lagu raya yang ceria, rancak dan mudah melekat di hati pendengar.
Sejak mula dimainkan di Best FM bermula Isnin, 9 Mac, lagu ini menerima sambutan yang sangat luar biasa daripada para pendengar. Ramai yang teruja dengan keunikan rentak dan kemeriahan lagu ini sehingga tidak sabar untuk menonton video muzik (MV) rasmi yang bakal dilancarkan.
Menariknya, lagu ini dinyanyikan oleh barisan penyampai popular Best FM sendiri iaitu Kudien, Daenee, Anna Tongai, AD, Aiman Sabri, Ieqa, Hafiz dan Helmi, yang bergabung tenaga bagi menyampaikan aura raya yang penuh ceria dan meriah.
Bukan itu sahaja, bagi menambahkan lagi kemantapan lagu ini, pelakon dan penyanyi Razzuan Rosli turut dijemput menyumbangkan suara dalam lagu berentak zapin moden ini. Turut sama menyerikan karya ini ialah Juara Kilauan Emas 2025, Mazleen, yang memberikan sentuhan vokal yang lebih bertenaga dan memikat.

Paling dinantikan, MV rasmi “Dendang Dondang Raya” akan dilancarkan ESOK (13 Feb), tepat jam 11 pagi di saluran YouTube rasmi Best FM. Para peminat dan pendengar disarankan untuk set alarm dan lock masa jam 11 pagi bagi menjadi antara yang terawal menyaksikan kemeriahan visual lagu raya ini.
Selain menonton MV tersebut, lagu “Dendang Dondang Raya” juga boleh dinikmati dan dimuat turun di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan iTunes, selain terus dimainkan di corong radio Best FM.
Jadi, jangan lupa set alarm jam 11 pagi esok dan saksikan sendiri kemeriahan MV “Dendang Dondang Raya.” Semoga lagu ini dapat menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri anda tahun ini bersama keluarga, rakan-rakan dan seluruh warga Best FM
No Comment! Be the first one.