Lagu raya moden, Ernie Zakri minta hormat kreativiti
Penyanyi tempatan, Ernie Zakri berpendapat dengan adanya kepelbagaian lagu raya baharu pada masa kini tidak perlu dijadikan isu dalam sesebuah karya seni. Tiada yang betul dan tiada yang salah....
Penyanyi tempatan, Ernie Zakri berpendapat dengan adanya kepelbagaian lagu raya baharu pada masa kini tidak perlu dijadikan isu dalam sesebuah karya seni. Tiada yang betul dan tiada yang salah. Menerusi hantaran di platform Threads, penyanyi lagu Masing Masing itu menyifatkan muzik adalah universal dan setiap individu mahupun pendengar mempunyai citarasa yang berbeza.
Ernie, 34, berkata masyarakat seharusnya menikmati kepelbagaian muzik mengikut kesesuaian jiwa masing-masing tanpa perlu meletakkan sempadan kepada kreativiti pengkarya.
“Lagu raya mana-mana pun okay. Yang sesuai dengan citarasa, nikmati sahaja. Yang tidak ‘feel’, kita cari lagu lain, okay?” tulisnya.
No Comment! Be the first one.