Ieqa Share “Rahsia”
Hari ini Ieqa nak sembang santai tentang rahsia ‘survive’ bawa anak-anak ke taman tema tanpa perlu pening kepala fikirkan bajet yang lari. Memang seronok bila tengok anak2 melompat excited, tapi...
Hari ini Ieqa nak sembang santai tentang rahsia ‘survive’ bawa anak-anak ke taman tema tanpa perlu pening kepala fikirkan bajet yang lari. Memang seronok bila tengok anak2 melompat excited, tapi kalau tersilap langkah, boleh jadi pembaziran yang besar tau. Sebab tu dari awal Ieqa dah pesan siap2 dekat anak2, kita masuk taman tema ni nak fun2 dan untuk kenangan, bukan nak shopping ok. Sebelum masuk, Ieqa dah set rules dengan diaorang—nak main apa kita on, tapi kalau untuk kedai souvenir, kita tetapkan satu bajet kecil sahaja atau buat window shopping je. Kalau dorang mula merengek nak mainan mahal yang tak perlu, Ieqa akan pelan-pelan tegur dan alihkan perhatian dorang pada permainan seterusnya atau ajar dorang erti bersyukur dengan apa yang kita dah ada. Bila anak-anak faham konsep ‘berpada-pada’, barulah seronok tu kekal sampai balik rumah, poket mak ayah pun tak ‘menangis’ hujung bulan!😉
No Comment! Be the first one.