Semangat Yang Tak Pernah Padam
Bahang FIFA World Cup 2026 memang makin terasa! Dari kedai mamak sampai ke media sosial, semua orang dah mula tunjuk sokongan untuk pasukan pilihan masing-masing. Ada yang sanggup berjaga malam...
Bahang FIFA World Cup 2026 memang makin terasa! Dari kedai mamak sampai ke media sosial, semua orang dah mula tunjuk sokongan untuk pasukan pilihan masing-masing. Ada yang sanggup berjaga malam semata-mata nak tengok aksi pasukan kegemaran beraksi di pentas dunia. Tapi kalau tanya Ryn dari dulu sampai sekarang, hati ini tetap setia dengan Brazil. Jangan lupa Ahad pagi, Brazil vs Morrocco okay. Kita pakai jersi Brazil sama-sama tau!
Dalam pada itu, suasana di Johor pun tak kurang hebatnya. Bahang Pilihanraya Negeri Johor semakin hangat diperkatakan. Sana sini orang mula berbincang tentang masa depan negeri, kepimpinan dan hala tuju Johor selepas ini. Masing-masing ada pandangan dan pilihan tersendiri, tapi yang penting semangat perpaduan dan rasa cinta pada negeri Johor terus kekal utuh.
Apa pun, tak kira bola sepak mahupun politik, kedua-duanya berjaya satukan orang ramai dalam satu suasana penuh semangat dan emosi. Yang minat bola sibuk dengan ramalan juara, yang mengikuti perkembangan semasa pula tak sabar menanti keputusan dan perkembangan terkini negeri tercinta.
Ayuh rakyat Johor! Dalam apa jua keadaan, semangat kebersamaan dan perpaduan perlu terus dipertahankan. Berbeza pandangan itu biasa, tetapi muafakatlah yang membawa berkat dan menguatkan kita semua. Bila rakyat bersatu hati, In shaa Allah Johor akan terus maju, aman dan berjaya.
Jumpa lagi & salam Maju Johor!
No Comment! Be the first one.