SPM 2025: Johor Catat 95% Lulus, Prestasi Keseluruhan Meningkat
Calon sekolah KPM di negeri Johor yang layak dianugerahkan sijil SPM Tahun 2025 adalah seramai 40,121 orang atau 95.00% berbanding dengan 40,266 orang atau 94.50% pada SPM Tahun 2024. Bilangan Calon...
Calon sekolah KPM di negeri Johor yang layak dianugerahkan sijil SPM Tahun 2025 adalah seramai 40,121 orang atau 95.00% berbanding dengan 40,266 orang atau 94.50% pada SPM Tahun 2024.
Bilangan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) yang menduduki peperiksaan SPM Tahun 2025 bagi negeri Johor adalah seramai 154 orang.
Encik Ali @ Zainal Abidin Bin Syed Mohamed yang menjalankan tugas sebagai Pengawah Pendidikan Negeri, jabatan Pendidikan Negeri Johor berkata,
berdasarkan jumlah tersebut, seramai 125 orang (81.17%) layak dianugerahkan sijil SPM Tahun 2025 berbanding dengan 144 orang (85.71%) pada SPM Tahun 2024.
Lebih membanggakan terdapat 7 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) memperoleh keputusan semua A bagi mata pelajaran yang mereka daftar.
No Comment! Be the first one.