Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 kepada semua. Alhamdulillah, tahun ni #TeamRayaJohor utk hari raya pertama bertemakan warna teal blue. Untuk tema warna raya, tiap-tiap tahun memang abang ikut je...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 kepada semua. Alhamdulillah, tahun ni #TeamRayaJohor utk hari raya pertama bertemakan warna teal blue. Untuk tema warna raya, tiap-tiap tahun memang abang ikut je pilihan isteri. Pagi raya tahun ni, abang berkesempatan bersembahyang di Masjid Bandar Dato’ Onn. Lepas sembahyang, suasana pagi raya meriah dengan ramai orang ambil kesempatan bergambar kat kawasan sekitar masjid yang cantik ni. 

Untuk hari raya kedua pula, abang balik kampung kat Jasin, Melaka. Kali ni warna pilihan isteri abang adalah warna kuning. Terang benderang warna kuning ni. Dari jauh dah nampak abang ngn anak berdua.
Alhamdulillah, dapat merayakan hari raya tahun ni penuh kesyukuran bersama keluarga. Mana yang masih ada mak ayah, hargailah mereka selagi hayat mereka ada. Jangan lupa juga adik beradik, silaturrahim tu moga berkekalan selamanya.



No Comment! Be the first one.