AIMAN TERHARU BERBUKA PUASA DENGAN TOMOK!! SEBAB…
Assalamualaikum and hello back everyone! Apa khabar semua? Moga sihat, baik-baik je dan terus semangat berpuasa berbaki kurang 10 hari dalam Ramadan mulia. Ok geng, kali ni, Aiman nak share sikit je...
Assalamualaikum and hello back everyone!
Apa khabar semua? Moga sihat, baik-baik je dan terus semangat berpuasa berbaki kurang 10 hari dalam Ramadan mulia. Ok geng, kali ni, Aiman nak share sikit je la. Tentang rasa terharu, terima jemputan untuk join Majlis Berbuka Puasa bersama keluarga TOMOK dan bersama-sama peminatnya #Tomokianz.

“Sebahagian keluarga peminat Tomok dari Singapura, dan Aiman pun selit juga hehe..”
Ok, sambung cerita terharu ni, sebab dapat tengok sendiri bagaimana cara Tomok santuni peminat-peminat setianya tanpa rasa penat. Cara Tomok hargai peminat ni sangat bernilai. Aiman cakap macam ni sebab, dah beberapa kali ikut program/konsert dia, dan serius talk yang Tomok memang betul-betul hargai peminat setia dia. Memang salute! Jom tengok sikit video majlis berbuka puasa ni..
@djaimansabri Semalam, Aiman dan wifey join #Tomokianz berbuka puasa dengan @TOMOK dan family.. Terima kasih semua, and terima kasih bang Tom always friendly dengan saya dan isteri n kami semua. 🙏 #ramadan #tomok #newboyz #aimanyouremcee
So Aiman rasa, banyak contoh teladan yang baik boleh ditonjolkan bila jadi seorang yang berpengaruh, sebagai selebriti, sebagai penyanyi ke pelakon ke atau influencer. Semoga Tomok kekal relevan dalam industri sampai bila-bila. One day Aiman join lagi boleh featuring eh bang Tom?? Hahah!
![]()
Semua tetamu/peminat dia yang datang berbuka happy and enjoy, dan best part is.. Tomok tak lekang ucap terima kasih kat setiap tetamu bila kita semua nak balik. Thanks Tomok and #Tomokianz!
Ok, kita jumpa next time guys! Sebarkan yang baik, insha Allah yang kembali segala yang baik..
Salam MERAH BIRU, U Marah, I lap U!
Assalamualaikum, stay tune dengan Aiman di BestFM! Suara Dunia Baharu!

No Comment! Be the first one.