Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 fasa dua diawalkan, 10 Mac.
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa dua 2026 mula dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac ini, libat peruntukan RM1.3 billion. Ia melibatkan jumlah penerima sebanyak 5.2 juta...
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa dua 2026 mula dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac ini, libat peruntukan RM1.3 billion. Ia melibatkan jumlah penerima sebanyak 5.2 juta penerima, kata Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, pembayaran yang diawalkan itu bertujuan membantu rakyat membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Menurutnya, jumlah penerima bagi Fasa 2 meningkat kepada 5.2 juta berbanding 5 juta pada Fasa 1 yang dibayar pada bulan Januari lalu.

No Comment! Be the first one.