Kerusi Panas Best Pagi Onz: Siapa Bakal Temani AD?
JOHOR BAHRU – Pagi di BEST FM kini tampil dengan suasana berbeza. Susulan pemergian Kudien daripada keluarga Best Pagi Onz, kini tumpuan peminat setia stesen radio ini terarah kepada satu persoalan...

JOHOR BAHRU – Pagi di BEST FM kini tampil dengan suasana berbeza. Susulan pemergian Kudien daripada keluarga Best Pagi Onz, kini tumpuan peminat setia stesen radio ini terarah kepada satu persoalan besar: Siapa yang bakal mengisi kekosongan tersebut dan menjadi pasangan baru kepada AD?
Sepanjang bulan April 2026 ini, BEST FM bakal membawakan satu siri pengenalan dan “uji bakat” di udara untuk mencari gandingan yang mempunyai keserasian (chemistry) paling mantap bersama AD.
Sebagai pembuka tirai untuk misi pencarian ini, segmen Best Pagi Onz akan menggandingkan AD bersama Hafiz, yang juga merupakan juara BestChamp Baru Best (BBB). Kehadiran Hafiz pastinya memberikan tenaga baru, namun persoalannya, adakah rentak mereka cukup serasi untuk menceriakan pagi anda?
Tidak terhenti di situ, Hafiz hanyalah permulaan. Sepanjang bulan ini, beberapa wajah dan suara lain juga akan diberikan peluang untuk ke udara bersama AD secara bergilir-gilir.
Pihak BEST FM mahukan sesuatu yang istimewa untuk pendengar. Oleh itu, penilaian bukan sahaja terletak pada bakat, tetapi juga pada “vibe” dan keserasian yang dapat dirasai oleh anda di luar sana.
Terus setia bersama kami di BEST FM sepanjang bulan April ini. Pantau setiap gandingan yang muncul di Best Pagi Onz dan kongsikan pendapat anda. Siapakah yang paling layak untuk kekal sebagai pasangan tetap AD?
Sama-sama kita nantikan!
No Comment! Be the first one.