Sampaikan Salam: Ucapan Hari Raya anda bakal ke udara di Best FM
Bila sebut Hari Raya, tidak sah dan tidak lengkap tanpa mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”. Lebih mengujakan lagi, apabila ucapan Hari Raya kita yang syahdu...
Bila sebut Hari Raya, tidak sah dan tidak lengkap tanpa mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”. Lebih mengujakan lagi, apabila ucapan Hari Raya kita yang syahdu itu bakal ke udara di radio Best FM. Alangkah indahnya bila ucapan kita akan didengari oleh ramai orang. Siapa tidak senyum panjang kan? Rasa tidak sabar pun ada.
Istimewanya bermula hari ini, Best FM secara rasmi membuka peluang kepada pendengar untuk menghantar ucapan Hari Raya Aidilfitri. Apa yang perlu dilakukan sangatlah mudah. Caranya, pendengar perlu menghantar ucapan Hari Raya menerusi semua laman media sosial dan portal Best FM bermula hari ini iaitu 2 Mac 2026.
Selain daripada itu, pendengar juga boleh menghantar ucapan menerusi aplikasi Whatsapp di talian 07 333 1041.
Bagi memeriahkan suasana lebaran tahun ini, inilah masanya untuk anda untuk mencari sesuatu kelainan. Selalunya mungkin kita hanya menujukan ucapan Hari Raya buat insan tertentu dan dibaca oleh mereka sahaja. Tetapi kali ini ayat-ayat anda bakal menjadi pencetus dan tanda tanya sewaktu lebaran nanti.
Ucapan Hari Raya anda bakal ke udara menjelang beberapa hari menyambut lebaran. Semua ucapan Hari Raya yang terpilih akan dibacakan oleh penyampai-penyampai Best FM menerusi “Sampaikan Salam”. Oleh itu, terus mendengarkan dan terus memberi sokongan yang padu buat Best FM. Jangan lupa rebut peluang yang ada ini sementara ianya masih dibuka.
No Comment! Be the first one.