Portal Best FM Berwajah Baharu: Dunia Digital Baharu!
Johor, 13 Feb : – Selepas penerimaan yang sangat memberangsangkan ke atas logo dan tagline yang baru, “Suara Dunia Baharu!”, Best FM kini terus mengorak langkah dalam memperkukuhkan...
Johor, 13 Feb : – Selepas penerimaan yang sangat memberangsangkan ke atas logo dan tagline yang baru, “Suara Dunia Baharu!”, Best FM kini terus mengorak langkah dalam memperkukuhkan jenama dan kehadiran mereka secara fizikal dan juga digital apabila secara rasminya melancarkan portal berwajah baharu yang lebih moden, dinamik dan mesra pengguna. Pembaharuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi dalam memastikan stesen radio ini terus relevan dan kompetitif dalam landskap radio & media yang semakin berkembang pesat.
Portal baharu ini bukan sekadar membuat perubahan dari segi reka bentuk, malah melibatkan penambahbaikan secara menyeluruh terhadap struktur kandungan yang lebih infomatif, sistem navigasi serta fungsi interaktif bagi memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pengguna.
Tahun 2025 merupakan diantara sebuah kenangan yang indah buat Best FM apabila online radio mereka pernah mencapai sehingga lebih 1.5 juta pendengar. Ini membuktikan bahawa pendengar Best FM ini tetap setia Bersama mereka walau dimana saja mereka berada.
Reka Bentuk Lebih Moden dan Mesra Pengguna
Mengangkat konsep minimalis dan profesional, portal Best FM kini tampil dengan paparan yang lebih kemas serta susun atur kandungan yang lebih sistematik. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat tanpa perlu melalui terlalu banyak pautan atau halaman yang kompleks.
Antara penekanan utama dalam pembangunan semula portal ini adalah pengalaman pengguna (user experience). Dengan sistem navigasi yang lebih intuitif, setiap bahagian laman – termasuk profil penyampai, jadual siaran, berita terkini dan yang paling menarik blog penyampai. Ruangan blog penyampai ini akan lebih mendekatkan mereka dengan peminat menerusi penulisan tentang perjalanan seharian mereka.
Selain itu, portal ini juga direka sepenuhnya mesra peranti mudah alih (mobile responsive), memastikan pengalaman melayari portal kekal optimum sama ada melalui telefon pintar, tablet atau komputer.
Memperkukuh Jenama dan Komuniti Pendengar
Pelancaran portal berwajah baharu ini mencerminkan komitmen Best FM dalam memperkukuhkan jenama sebagai stesen radio pilihan yang sentiasa bergerak seiring perkembangan teknologi dan trend semasa.
Dalam era digital hari ini, kehadiran dalam talian bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan strategik. Best FM menyedari bahawa pendengar kini mengakses kandungan melalui pelbagai platform, dan portal baharu ini menjadi pelengkap penting kepada siaran radio komersial.
Inisiatif ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara stesen dan komuniti pendengar, sekaligus menjadikan Best FM bukan sekadar stesen radio, tetapi satu platform hiburan dan informasi yang menyeluruh.
Menurut kata En. Razif selaku Pengurus Besar Best FM, penambahbaikan ini adalah usaha berterusan dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pendengar setia Best FM. “Kami sentiasa mendengar maklum balas pendengar dan komited untuk menambah baik platform kami agar lebih mudah diakses, interaktif dan dekat di hati masyarakat.”
Dengan wajah baharu yang lebih segar, interaktif dan profesional, Best FM terus membuktikan kesungguhan dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pendengar setia serta audiens baharu.
Orang ramai kini boleh melayari portal rasmi Best FM untuk meneroka sendiri transformasi digital yang lebih best dan berimpak ini.
No Comment! Be the first one.