Meriahkan tengahari anda bersama penyampai Best Relax, Ieqa dan Anna Tongai setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 3 petang !
Waktu
10.00am – 11.00am
Rancangan
Top 10 @ 10 Pemilihan 10 buah lagu terbaik, Best & popular meliputi tahun 90an, 2000an & terkini akan disiarkan dalam Best Top 10. Selain penyampai boleh kongsikan sedikit info pasal lagu & penyanyi dalam jam ini. Lagu-lagu bertema seperti hari radio, wanita, ibu, maulidurrasul, birthday selebriti akan disiarkan mengikut tarikh-tarikh tertentu.
Hello TT Sebuah lagu terpilih, popular & best di Tik Tok terutama yang tengah viral.
11.00am – 12.00pm
Yang In Yang Viral Cerita-cerita viral daripada selebriti yang berlaku sama ada di Malaysia mahu pun luar negara, terutama menjadi viral di platform media sosial.
12.00pm – 1.00pm
SIS KONGSI / B KONGSI Penyampai akan kongsikan pelbagai tips-tips berguna meliputi kesihatan, pemakanan, feshion, penjagaan diri, perbelanjaan, bulan puasa, hari raya dan sebagainya.
1.00pm-2.00pm
OST Best Pendengar akan dihiburkan dengan sebuah lagu (OST) drama @ filem yang best dan popular, sama ada drama atau filem di Malaysia mahu pun antarabangsa.
Best Jalan Vibes (BJV) Bersama Ieqa & AnnaTongai dalam Best Jalan Vibes, sempena Tahun Melawat Johor 2026. BJV mengetengahkan segmen pelancongan yang meliputi lokasi-lokasi atau tempat pelancongan menarik, tempat makan best, tempat bersejarah, taman permainan, agro & ekopelancongan, homestay, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Johor. Selain mengenali dengan lebih dekat lagi gaya hidup, budaya dan identity Johor yang kaya dengan pesona tersendiri.
2.00pm-3.00pm
Korang Request, Sis Belanja Peluang dan ruang kepada pendengar untuk dengarkan lagu-lagu & ucapan pilihan mereka disiarkan oleh penyampai selama 1 jam bersama Ieqa & AnnaTongai di Best Hits.
Kenal suara manja tapi bertenaga? Itulah Ieqa Nerman. Penyampai radio yang suka berborak santai dan paling pentin… suka buat pendengar rasa macam borak dengan member. Orang selalu cakap Ieqa ni nampak macam 20an lagi, tapiii biarlah rahsia.
Sebelum jadi penyampai Radio, Ieqa pernah menjadi News Reader tau. Ieqa juga pernah memenangi Anugerah penyampai radio Terbaik Anugerah Media Johor tahun 2019. Dengar je Ieqa onair semunya dibawakan dengan vibe positif & fun. Senang citer dengar je suara ieqa Confirm rasa nak stay Tune sampai habis. Lurveeee
FOLLOW IEQA
ANNA TONGAI
Anna Balqish Abu Bakar atau dikenali dengan panggilan AnnaTongai merupakan seorang pencipta kandungan digital dari Malaysia yang terkenal dengan video-video lucu dan kreatif, khususnya melalui gaya bersahajanya menukar lirik lagu kepada versi yang lebih menghiburkan dan unik. Beliau kini mempunyai hampir 150,000 pengikut di media sosial dan seterusnya mengembangkan kerjayanya sebagai penyampai radio di Best FM.