Meriahkan malam anda bersama penyampai Best Night Talk, Aiman setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 malam hingga 12 tengahmalam

Waktu

8.00pm-9.00pm

Rancangan

Lagu BEST Malam Ini
Penyampai akan memilih sebuah lagu yang menyentuh emosi dan perasaan dan siarkan di penghujung jam… pendengar hantar ucapan dan jika lagu itu ada cerita disebalik kenangan, mereka boleh share secara ringkas menerusi whatsapp.

Fakta Ke Auta
Penyampai akan share cerita-cerita pelik atau aneh yang berlaku samada dalam negara atau pun luar negara. Contoh..
Benarkah Pemandu China Akan Pastikan Pejalan Kaki Mati Jika Terlanggar?
Benarkah Daun Pandan Halau Lipas dalam Kereta?
Biar Betul Pergi Kerja Naik Motor Boleh Jimat Sampai RM10k Setahun?

9.00pm-10.00pm

Rahsia Malam Ini
Pendengar boleh share Satu benda yang orang tak tahu pasal diri Dia. Contoh.. Walau pun saya ni seorang tentera, tapi tahukah anda.. saya sebenarnya takut lipas. Saya seorang juara lontar peluru, tapi saya sebenarnya hati tisu, senang menangis bila kena marah dengan bini.

Lagu Versi Hati
Penyampai nak belanja korang 3 buah lagu yang bertemakan tentang perkataan RINDU, CINTA, SEPI, HATI, KECEWA, NALURI, MAAF. Salah satu perkataan ni ada dalam tajuk 3 buah lagu tu.

10.00pm-11.00pm

Laporan Hati
Pendengar kongsikan mode sepanjang hari ini seperti Info Ramalan Cuaca… Contoh… Angin satu badan sebab kena marah hari ini. Cuaca dingin hari ni sedingin hatiku yang dilanda cinta pada seseorang. Panas kemarau melanda diri apabila cinta yang terbina tidak terbalas. Ribut melanda diri.. pagi-pagi dah kena marah dengan bini.. sebab lupa ambik dia balik kerja.

Ada Lagu Ada Cerita
Memainkan sebuah lagu era 90an atau 2000 pemilihan pendengar dan mereka share cerita atau kenangan pasal lagu tu, mungkin lagu tu kenangan ketika zaman remaja, zaman masa belajar atau masa bercinta

11.00pm-12.00am

Lagu Sebelum Tidur
1 jam ni membawa konsep ‘Tenangkan hati, pejamkan mata’. Lagu-lagu berentak perlahan, chill dan acoustic. Selain penyampai share Quote ringkas / pesanan positif. Sekali sekala selitkan ucapan cinta untuk seseorang sebelum mata tertutup di buai mimpi yang indah

Profil Penyampai

AIMAN

Aiman Sabri adalah seorang penyampai radio yang berasal dari Kuala Lumpur. Menjadi penyampai radio sejak zaman belajar di UiTM pada 2011 lagi. Pernah bergelar Brader Jiwang, Aiman adalah seorang yang sukakan ketenangan, penyayang dan suka memudahkan urusan orang lain.

Nak tahu rahsia sikit ? Aiman ni seorang yang ada clumsy sikit. Dan Aiman adalah seorang pemaaf.

FOLLOW AIMAN

HAFIZ

Hi guys!! Nama diberi Muhammad Hafiz Najmudin, berasal dari Alor Setar, Kedah. Hafiz anak yang ke 7 dari 7 beradik, ofcourse Si Bongsu. Hafiz suka layan movie and late night drive !

Hafiz bermula karier sebagai Penyampai Radio di Best FM pada tahun 2026 melalui Pencarian The Next Bestcham Baru Best (BBB). Sebelum Hafiz jadi penyampai radio dekat Best Fm, Hafiz pernah jadi Barber ada (Sijil Kemahiran dalam bidang Hairstyling), Foreman Accessories Motor dan Penjual Kereta.

Dengan kata-kata, “ Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita lalui sebab setiap yang jadi dalam hidup kita adalah satu pengajaran “ merupakan kata2 penguat untuk Hafiz terus bersemangat.

FOLLOW HAFIZ
Best FM
Best FM 104.1 LIVE
Suara Dunia Baharu

Our site uses cookies. By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.