Meriahkan petang anda bersama penyampai Best Havoc, Helmi dan Daenee setiap Isnin hingga Jumaat jam 3 petang hingga 8 malam.

Waktu

3.00pm-4.00pm

Rancangan

Trivia Best
Penyampai akan kongsikan peristiwa yang berlaku pada tarikh hari ini, contoh faiz subri menerima Puskas Award dalam bola sepak. Penyanyi Amerika Whitney Houston yang muncul sebagai superstar pop pada 1980-an terkenal dengan suaranya yang bernada tinggi meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Tripple Best
Menyiarkan lagu berbeza daripada artis yang sama. Contoh artis Ella, lagunya Pengemis Cinta, PPP & Layar Impian. Spider, Alladin, Lauk Ku Cukup Masin & Rela Ku Pujuk.

4.00pm-5.00pm

CHOT CHET PETANG
Satu topik akan dibawakan oleh penyampai dan pendengar boleh berikan komen atau pandangan di media sosial, whatsapp atau call 07-3331041.

5.00pm-6.00pm

TOPENG KAROK
Pelakon / Atlet / Pelawak atau Pemain Bola Sepak akan menyanyi sebaris lirik lagu. Pendengar akan meneka siapakah nama yang menyanyi lagu tersebut dengan betul. Jika jawapan yang beri tak tepat, penyampai boleh bagi klu sehingga ada yang dapat beri jawapan yang betul.

6.00pm-7.00pm

APO NI
Teka ayat / perkataan yang di sebut
Pendengar kena teka sebaris ayat atau perkataan yang disebut seperti suara Alient (Effect audio) dengan betul. Jika pendengar dapat memberikan jawapan yang betul… penyampai boleh mainkan effect orang tepuk tangan, kalau salah mainkan effect baby menangis. Pastikan audio yang dimainkan pendengar dapat jawab dengan tepat.

Apa Cherrr….
Penyampai akan share cerita tranding dan viral yang berlaku di sekeliling kita. Contoh.. Suami buat ‘fatwa’ sendiri, izin isteri kerja tapi kaut semua duit gaji, “Aku nak makan ayam, dia order sotong!”, Famili ‘racun’ suruh beli kereta H, jurutera terkedu sengkek lepas dapat gaji.

7.00pm-8.00pm

AN NUR

Ustaz Mior dari Perbadanan Islam Johor, akan membawakan satu hadis & akan mengupas pengisiannya untuk tatapan para pendengar.

Profil Penyampai

HELMI

Suhaimi Bin Safar, atau lebih dikenali sebagai Helmi merupakan seorang penyampai dan juga pengacara profesional serta korporat dengan pengalaman lebih 24 tahun dalam industri.

Memulakan kerjaya sejak tahun Jun 2004, beliau dikenali dengan gaya penyampaian yang matang, bertenaga dan dekat dengan pendengar. Berasal dari Johor Baharu, Helmi komited dalam menyampaikan kandungan berkualiti serta membina hubungan yang kukuh bersama komuniti pendengar.

Minat bermain bola sepak dan berkaraoke. Juga seorang yang sangat menitikberatkan pengurusan masa serta menggemari warna putih sebagai simbol kesederhanaan.

FOLLOW HELMI

DAENEE

Hady atau nama penuhnya Muhammad Hady Bin Muhammad Faiz merupakan seorang penyanyi dan penyampaian radio yang berasal daripada johor baharu. Terkenal dengan gelaran Daenee, Daenee merupakan seorang yang bersifat periang dan kadang kadang pendiam.

Perkara yang peminat tidak tahu mengenai Daenee ialah beliau seorang yang tegas tapi lembut hati. Nak tahu perkara yang menggambarkan Daenee : protective , penyayang dan tegas.

FOLLOW DAENEE
Best FM
Best FM 104.1 LIVE
Suara Dunia Baharu

Our site uses cookies. By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.