Suara Johor Sdn Bhd
Best FM merupakan stesen radio swasta pertama di Malaysia yang beroperasi dari selatan tanah air, bertempat di Bandaraya Johor Bahru. Ditubuhkan pada 14 Julai 1989 dan dikendalikan oleh Suara Johor Sdn Bhd, Best FM kini mengangkat tagline “ Suara Dunia Baharu ”.
Best FM boleh didengar menerusi:
•104.1 FM – Lembah Klang, Johor Bahru & Singapura
•94.8 FM – Johor Utara & Melaka
•102.5 FM – Mersing & Johor Timur
Dahulunya dikenali sebagai Best 104 – Sensasi Selatan, stesen ini melalui beberapa fasa penjenamaan semula selari dengan peredaran masa, termasuk Best FM – Trend Muzik Gaya Baru dan Terbaik Untuk Harimu, sebelum memperkenalkan tagline terkini bermula tahun 2026. Sepanjang 37 tahun beroperasi, Best FM telah mencipta sejarah penyiaran negara sebagai Pemegang Rekod Dunia & Malaysia bagi kategori DJ Paling Lama Ke Udara Selama 104 Jam Secara Solo & Manual dan kekal tidak tercabar sehingga kini.
Best FM turut meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat negeri dan kebangsaan, termasuk Anugerah Media Johor serta Anugerah Seri Angkasa, merangkumi kategori penyiaran, berita, promosi dan khidmat awam. Hari ini, Best FM terus komited menjadi suara masyarakat dengan kandungan berkualiti, relevan dan progresif, sejajar dengan landskap penyiaran moden.
Kenali Penyampai Kami