Penyanyi tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal menghiburkan peminat menerusi Pentas Eksklusif Aidilfitri “Beraya Dengan Saya” yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 10 April 2026, jam 8 malam.
Konsert istimewa ini turut menampilkan artis undangan seperti Aisha Retno serta barisan artis naungan SN Legacy iaitu Umairah dan Oddah, yang dijangka menambah seri dan warna persembahan.
Orang ramai yang masih belum mendapatkan tiket boleh berbuat demikian kerana tiket kategori arena berdiri masih lagi dijual. Konsert ini dijangka menjadi salah satu acara tumpuan bagi meraikan kemeriahan Syawal tahun ini.

No Comment! Be the first one.