Tun M bakal timang cicit?
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menimang cicit apabila cucunya yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Ally Mukhriz mengumumkan berita kehamilannya yang...
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menimang cicit apabila cucunya yang juga anak bekas Menteri Besar Kedah, Ally Mukhriz mengumumkan berita kehamilannya yang tular di media sosial.
”Saya hamil,” tulisnya ringkas.
Tun Dr Mahathir begitu teruja dengan berita itu manakala isterinya, Tun Dr Hasmah turut meluahkan rasa syukur.
Terdahulu, Ally pernah berkongsi tentang rawatan kesuburan in-vitro fertilization (IVF) sebagai usaha bagi mendapatkan zuriat.
Ally telah berkahwin dengan Ezran Daud Cheah pada Februari 2020.
Dia merupakan anak sulung kepada pasangan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan To Puan Seri Norzieta.
No Comment! Be the first one.