Tokti solat tanpa telekung, netizen berbalah pendapat.
Tular di media sosial Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana longgar dan sopan menutup aurat ketika beliau menghadiri satu majlis berbuka puasa menarik perhatian ramai...
Tular di media sosial Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana longgar dan sopan menutup aurat ketika beliau menghadiri satu majlis berbuka puasa menarik perhatian ramai baru-baru ini.
Ramai yang memberi pujian kerana beliau mengenakan pakaian labuh dan longgar sekaligus boleh terus menunaikan solat tanpa mengenakan telekung. Ada yang mempertikaikan, ada yang kata hukum solatnya sah.
Sebagai penyelesaian diskusi, Ini penjelasan Profesor Dr. Md Izhar Ariff Mohd. Kashim yang merupakan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menurut Dr. Mohd Izhar Ariff, solat Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah sah. Berikut adalah penjelasannya.
Aurat terpelihara, beliau telah menutup aurat dengan sempurna untuk mendirikan solat. Telekung bukan syarat sah, memakai telekung hanyalah budaya masyarakat di rantau kita. Ia bukanlah rukun atau syarat sah solat. Asalkan pakaian tersebut bersih dan menutup aurat, solat itu diterima.
Isu Menutup Bawah Dagu (Hukum Dagu)
Bagaimana pula dengan isu anak tudung atau kawasan dagu? Merujuk kepada Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu‘ (Mazhab Syafie), definisi wajah adalah:
“Wajah ialah antara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu, dan dari telinga ke telinga.”
Bagi memudahkan pemahaman, ini pembahagiannya:
1. Bahagian Luar Dagu: Dikira sebagai sebahagian daripada muka (tidak wajib ditutup).
2. Bahagian Bawah Dagu (Kawasan Leher): Bukan sebahagian daripada muka, maka ia wajib ditutup.
Namun begitu, perkara ini mempunyai khilaf dalam kalangan ulama.
Mungkin ramai yang berasa janggal kerana rata-rata wanita di Malaysia pasti akan bersolat menyarung telekung.
Jika kita melangkah ke luar negara, melihat wanita bersolat dengan pakaian harian (seperti jubah atau pakaian kasual yang longgar dan menutup aurat) adalah satu pemandangan yang sangat normal.
Sebelum menjatuhkan hukum kepada seseorang, hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada pakar.
No Comment! Be the first one.