Johor paling tinggi jumlah pendaftaran
Muar- Johor telah mencatat pendaftaran memberangsangkan dan menjadi antara yang tertinggi setakat ini, membabitkan murid berusia enam tahun bagi sesi kemasukan Tahun Satu pada 2027 bawah Rancangan...
Muar- Johor telah mencatat pendaftaran memberangsangkan dan menjadi antara yang tertinggi setakat ini, membabitkan murid berusia enam tahun bagi sesi kemasukan Tahun Satu pada 2027 bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, selepas dua minggu pendaftaran dibuka, kira-kira 50,000 permohonan diterima di seluruh negara bagi pendaftaran murid Tahun Satu berusia enam tahun. Untuk rekod, Johor muncul antara negeri penyumbang terbesar dalam sesi pendaftaran ini.
Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah isyarat positif awal kerana ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan RPM yang menetapkan sasaran wajib capai dalam tempoh 10 tahun.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jaulah Ramadan Komuniti 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina memaklumkan tempoh pendaftaran itu akan berlangsung hingga 31 Mac depan, namun Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus menerima permohonan pendaftaran selepas tarikh itu sebagai memberi ruang untuk ibu bapa dalam membuat keputusan.
No Comment! Be the first one.