Sejak konflik rumah tangganya mula tular di laman sosial, tidak dapat dinafikan rezeki Nurul Shuhada yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi semakin mencurah-curah apabila ramai pihak tampil membantunya.
Malah, baru-baru ini, influencer dan usahawan popular, Hafiz Mahamad telah memanggil Shuhada untuk hadir ke kliniknya, Ainaa Clinic untuk membantu menghilangkan parut wajahnya selepas 10 jahitan ditanggalkan.
Bukan itu sahaja, usahawan yang berusia 30 tahun itu turut memaklumkan dia akan memberi bantuan secara bulanan kepada Shuhada dan anak-anaknya dan berharap agar namanya terkandung dalam doa wanita terbabit.
Sumber: Instagram @hafizmahamad
Kredit : OMM
Designed by Lunix Creative.