Terma Dan Syarat Peraduan

HADIAH WANG TUNAI

Best FM adalah sebuah stesen radio milik Suara Johor Sdn Bhd.  Oleh yang demikian, setiap kenyataan di bawah yang menyatakan berkenaan Best FM turut merujuk kepada Suara Johor Sdn Bhd. Terpakai untuk semua Peraduan dan Kuiz (tidak termasuk kuiz atau peraduan berhadiahkan wang tunai) di Best FM melalui radio Best FM.

  1. Peraduan dan kuiz Best FM ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Para Peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan sepertimana diterangkan dan diberitahu kepada para Peserta oleh pihak Penganjur semasa Tempoh Peraduan.
  3. Seseorang individu adalah tidak berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi Pemberian Hadiah ini jika individu tersebut:
    1. telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 1000 atau kurang daripada Best FM dalam tempoh (30) hari sebelum Peraduan ini.
    2. telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 1001 – RM 5000 daripada Best FM dalam tempoh (90) hari sebelum Peraduan ini.
    3. telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 5001 atau lebih daripada Best FM dalam tempoh (365) hari sebelum Peraduan ini.
  4. Hadiah hadiah hanya mula diberikan selepas 3 bulan dari tarikh menang dan tidak boleh dipindahmilik dan hendaklah dituntut dalam tempoh 1 bulan dari tarikh pemberitahuan. Selepas tempoh tersebut, hadiah hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan pemberian-pemberian mereka. Adalah difahami bahawa Best FM memiliki hak mutlak ke atas hadiah hadiah yang tidak dituntut. Best FM tidak akan membuat sebarang pemberitahuan kepada para pemenang berkenaan baki tempoh yang tinggal. Pemenang-pemenang mempunyai tanggungjawab mutlak menuntut hadiah-hadiah yang dimenangi di dalam tempoh yang dinyatakan di atas.
  5. Sekiranya semasa proses untuk mendapat maklumat pemenang iaitu ejaan nama lengkap, nombor IC; pemenang tidak dapat dihubungi kerana nombor telefon salah, tidak dijawap sebanyak 3 kali berturut-turut, Best FM tidak akan meneruskan proses mendapat maklumat tersebut. Pemenang-pemenang mempunyai tanggungjawap mutlak untuk hubungi kami jika tidak mendapat panggilan dari BestFM selepas 90 hari dari tarikh menang.
  6. Hadiah-hadiah tersebut perlu dituntut secara sendiri oleh pemenang-pemenang. Semasa menuntut, pemenang dikehendaki untuk menunjukkan pengenalan diri yang mana pengenalan diri tersebut adalah dokumen bergambar pemenang tersebut, sebagai contoh, antara lainnya adalah termasuk kad pengenalan, lesen memandu dan pasport.
  7. Dalam keadaan-keadaan tertentu dan tertakluk kepada budibicara mutlak Best FM, seseorang pemenang boleh melantik wakil yang ditentukan untuk menuntut hadiah. Kebenaran bertulis dan pengenalan diri untuk kedua-dua pemenang dan wakil hendaklah dikemukakan semasa tuntutan dibuat.
  8. Jika seseorang pemenang memilih untuk menolak penerimaaan sesuatu hadiah, hak pemenang tersebut akan dibatalkan ke atas hadiah tersebut, yang mana ianya akan diuruskan menurut budibicara penuh Best FM.
  9. Penyertaan peraduan dan kuiz Best FM hanya terbuka kepada pendengar berumur 18 tahun ke-atas selepas dari tarikh lahir pendengar yang ke 18 tahun pada tahun tersebut.
  10. Sekiranya peserta masih lagi di bawah umur 18 tahun, peserta di nasihatkan untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum menyertai peraduan ini. Pihak penganjur akan menganggap bahawa ianya merupakan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk memantau penyertaan peserta di dalam Pemberian Hadiah ini. Pihak penganjur mempunyai hak untuk meminta peserta menandatangi perjanjian dalam bentuk yang dikehendaki oleh Best FM sebagai salah satu pra syarat kelayakan penerimaan Hadiah peserta dibawah jagaan ibu bapa atau penjaga terbabit.
  11. Risiko penggunaan/pengambilan hadiah-hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang-pemenang secara keseluruhannya, dan Best FM melepaskan kesemua jaminan dan tanggungjawab ke atas sebarang hadiah sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang.
  12. Berkenaan apa-apa hadiah yang membabitkan penyertaan di dalam apa-apa aktiviti, Best FM dan pekerja-pekerjanya serta ejen-ejennya adalah dilepaskan dan dilindungi oleh pemenang berkaitan apa-apa tuntutan kemalangan, kecederaan, kerosakan hartabenda atau kehilangan nyawa berkaitan dengan penyertaan seseorang pemenang untuk sesuatu hadiah.
  13. Di atas budi bicara mutlak Best FM, pemenang boleh diminta untuk menandatangani satu persetujuan indemniti atau perlindungan dalam bentuk yang dikehendaki oleh Best FM sebagai salah satu prasyarat pemilikan hadiah.
  14. Pemenang juga boleh dikehendaki oleh Best FM untuk mengambil bahagian di dalam sesi foto, video dan/atau filem dan hendaklah mengiktiraf bahawa Best FM mempunyai hak untuk menggunapakai gambar-gambar publisiti, video-video dan/atau filem-filem dalam apa jua medium dan dalam apa jua cara yang Best FM fikirkan perlu dan sesuai, melainkan seseorang pemenang itu pada masa penyertaan peraduan meminta Best FM untuk tidak mendedahkan identitinya. Sekiranya peserta meminta supaya Best FM tidak mendedahkan identitinya, Best FM mempunyai budi bicara mutlak sama ada untuk menerima atau tidak. Hakcipta material-material tersebut di dalam ini juga adalah hakmilik Best FM semata-mata.
  15. Best FM berhak untuk menerbitkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan nama sesorang pemenang atau nama seseorang pesaing, perwatakan, perilaku, kenyataan atau apa-apa rakaman suara yang terbabit dalam pengiklanan atau aktiviti-aktiviti promosi yang melibatkan peraduan yang dimenangi, atau peraduan-peraduan Best FM secara amnya. Best FM berhak untuk mempromosikan atau mengiklankan seseorang pemenang dalam sesuatu peraduan. Semua pemenang adalah dengan ini bersetuju bahawa penggunaan nama mereka untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau promosi oleh Best FM tanpa sebarang pampasan tambahan.
  16. Best FM mempunyai budi bicara mutlak memberi hadiah kepada individu lain yang tertentu mengikut budibicara mutlaknya. Di mana di dalam keadaan-keadaan tersebut keputusan-keputusan yang dibuat oleh Best FM adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau perbincangan adalah tidak akan dilayan.
  17. Best FM memiliki hak dan mempunyai budi bicara penuhnya untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu yang ditakrifkan sebagai menggangu untuk tujuan menipu proses kemasukan atau penyertaan; atau operasi Peraduan atau kawasan, berkelakuan dalam keadaan melanggar atau berpotensi untuk melanggar mana-mana peraturan di dalam Peraturan-peraturan dan Kaedah-kaedah di dalam ini. Tiada sebarang surat-menyurat akan dilayan dalam keadaan ini Best FM selanjutnya mempunyai hak untuk membatalkan, mengubahsuai, menggantung atau menangguhkan peraduan dalam keadaan-keadaan yang tidak dapat dielakkan yang mana adalah di luar bidangkuasa yang munasabah.
  18. Individu-individu adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai dan/atau memenangi sesuatu peraduan sekiranya, mereka adalah merupakan pekerja-pekerja atau ahli-ahli keluarga terdekat kepada pekerja-pekerja Best FM; sesuatu penaja/agensi pengiklanan atau agensi yang berkaitan dengan peraduan yang berkaitan.
  19. Pembatalan penyertaan akan dilakukan secara automatik jika melanggar terma dan syarat kami tanpa sebarang pemberitahuan.
  20. Best FM berhak untuk memasukkan informasi berkenaan penyertaan mana-mana peserta ke dalam apa-apa sistem data utama untuk kegunaan dalam apa-apa perkara.
  21. Kegagalan Best FM untuk menguatkuasa mana-mana peraturan-peraturan dalam apa jua keadaan tidak akan memberi sebarang tuntutan hak kepada mana-mana individu.
  22. Penafian-Penafian: Dengan penyertaan peraduan, setiap peserta bersetuju bahawa Best FM, Suara Johor Sdn Bhd, pekerja-pekerjanya, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarah, ejen-ejen, badan-badan atau individu-individu yang berkaitan dengannya, syarikat induk, syarikat-syarikat naungannya dan wakil-wakilnya (“Penaja Peraduan”) adalah tidak bertanggungjawab atau bertanggungrugi untuk sebarang kerosakan, kerugian, kecederaan, hak, tuntutan atau tindakan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan peraduan tersebut, atau hasil daripada penerimaan, penyimpanan, penggunaan/penyalahgunaan hadiah-hadiah, atau penyertaan dalam peraduan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi, kematian, kerosakan harta benda dan tuntutan berdasarkan hak-hak publisiti, fitnah atau pencabulan privasi. Setiap perserta selanjutnya bersetuju bahawa penaja-penaja peraduan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungrugi terhadap mana-mana kelewatan penyertaan (termasuk transmisi data yang lewat), kacau ganggu, kekeliruan, ketidaksiapan, salah arah, kehilangan, kecacatan, kelewatan, kerosakan, penduaan atau selainnya yang tidak selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Syarat-Syarat di dalam ini.

 

PROSES PENYEDIAAN HADIAH

Proses penyediaan hadiah bagi mana-mana peraduan di Best FM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari bekerja dan jika pemenang tidak menerima hadiah selepas 90 hari waktu bekerja, sila hubungi kami di 07-3314104.