Best Pagi

Dengarkan Best Pagi setiap Isnin hingga Jumaat bersama gandingan Zairi & Along Cham. Segmen santai bersahaja yang pasti membuat anda tidak kering gusi.

  • EH EH PAGI (6-7 pagi) – Along cham dan zairi bersama anda, untuk kongsikan fakta-fakta yang menarik dan best. Contoh ; Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi hidung dan telinga akan sentiasa membesar selama kita hidup.
  • INFO HIBURAN (6-7 pagi) – Anda tak terlepas berita-berita terkini dunia hiburan dalam dan luar negara, sebab Along Cham dan Zari akan kongikan berita-berita best ni setiap pagi.
  • RAMALAN KAJI CUACA (6-7 pagi) – Ketahui ramalan kaji cuaca bersama wartawan lokasi.
  • TAJUK UTAMA AKHBAR (7-8 pagi) – Pelbagai berita menarik dari akhbar dibacakan oleh Along Cham dan Zairi.
  • PETUA BEST (8-9 pagi) – Wak Chaples memberikan petua-petua pelik tapi pelik, dengar boleh percaya jangan.
  • CERITA BEST(8-9 pagi) – Topik best ingin mendapatkan pandangan anda tentang satu perkara yang diketengahkan oleh Along Cham dan Zairi. Contoh – Bersama Along Cham dan Zairi dalam Best Pagi berborak pasal KALAU NAK CARI KAWAN, KAWAN YANG JENIS MACAM MANA ANDA NAK? Boleh Call, dan share kat Fb pun boleh
  • KELAS LOGHAT(8-9 pagi) – Jom belajar loghat2 negeri di Malaysia yang mungkin anda tak pernah dengar.
  • LAGU VERSUS (9-10 pagi) – Along Cham dan Zairi masing2 memilih sebuah lagu dan pendengar diminta untuk undi salah satu lagu pilihan mereka. Lagu yang paling banyak mendapat undian akan diputarkan di hujung jam best Pagi

Penyampai