Amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual aiskrim ditemui meninggal dunia di atas motorsikalnya.

Detik News melaporkan lelaki yang dikenali sebagai Misyanto, 65 itu dalam perjalanan menjual aiskrim.

Kejadian disedari pengguna jalan raya lain yang hairan selepas motorsikal lelaki terbabit menghalang laluan.

Seorang saksi yang bernama Suwoco berkata, dia hairan lalu memberhentikan kereta dan keluar dari kenderaan.

Katanya, lelaki itu terlentok kepalanya di bahagian handle motorsikal.

Dia terkejut apabila lelaki tersebut tidak memberi sebarang respon dan sudah kaku.

Sementara itu, menurut polis, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Menurut polis lagi, mangsa tidak mempunyai sebarang kes jenayah sebelum ini yang melibatkan kematiannya.

Selain itu, barang peribadi mangsa juga tidak hilang.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan tetap dijalankan untuk mengetahui punca kejadian sebenar”, katanya.

Berdasarkan dari keterangan keluarga mangsa, lelaki itu sering mengadu pening dan sesak nafas.

Walaupun begitu, dia masih keluar untuk menjual aiskrim demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.