Seorang ibu di Pennsylvania, Amerika Syarikat didakwa membunuh dua orang anaknya dengan cara menggantung mangsa sehingga mati.

Malahan, dia melakukan seks luar tabii dengan anjing peliharaannya.

Ketika ditahan, Lisa Snyder, 37 memberitahu pihak berkuasa bahawa anaknya Conner, 8 dan Brinley 4 pernah mengugut untuk bunuh diri.

Suspek juga turut melakukan pencarian di Internet mengenai ‘gantung diri’, beberapa minggu sebelum kanak-kanak itu ditemui mati di rumah mereka.

Dia dituduh atas kes tuduhan membunuh.

Mirror Online memberitahu bahawa wanita itu dipercayai berhasrat untuk membunuh diri selepas membunuh anak kedua-dua anaknya.

Bagaimanapun, seorang saksi memberitahu mahkamah bahawa wanita itu sempat mengakui melakukan perbuatan terbabit.

Pihak pendakwaan percaya wanita itu satu-satunya orang dewasa yang berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian pada September tahun lalu.

Ketika pemeriksaan, polis turut menjumpai gambar menunjukkan Snyder melakukan seks luar tabii dengan anjing peliharaannya.

Rekod menunjukkan mahkamah pernah mengarahkan dua beradik itu diambil daripada jagaan ibu mereka pada tahun 2014.

Namun mereka dipulangkan kepada ibu mereka selepas beberapa bulan.

Buat masa sekarang, Snyder ditahan di dalam lokap sementara menanti waktu perbicaraan kes itu.