Seorang warga tua berumur 83 tahun di Ukraine disahkan mati, hidup semula selepas 10 jam.

Kematiannya disahkan oleh pasukan perubatan dan ahli keluarga juga telah sediakan persiapan pengebumian.

Daily Mail melaporkan, Ksenia Didukh yang juga jururawat bersara diperiksa pasukan paramedik pada 17 Februari lalu. Hasil pemeriksaan mendapati Ksenia berada dalam keadaan tenat dan ahli keluarganya membuat keputusan untuk membiarkannya di rumah.

Keesokannya, Ksenia berhenti bernafas dan paramedik sekali lagi dipanggil untuk melihat keadaannya dan kali ini pasukan berkenaan hadir bersama polis.

Pada 7.30 malam, Tetyana memegang dahi ibunya dan mendapati ia suam.

Doktor di unit rawatan rapi, Vladimir Chebotarev berkata, wanita berkenaan pada awalnya disahkan koma di peringkat 3 tanpa sebarang tanda hidup.

Namun ia mengejutkan, apabila wanita itu hidup semula dan kesihatannya baik.

Ketika ditanya apa yang berlaku ketika koma. Ksenia berkata, dia berada di syurga bertemu bapanya.