Bukan sahaja dianugerahkan paras rupa yang jelita, dia juga mempunyai pakej yang lengkap sebagai anak seni apabila sentiasa berusaha menjadi insan yang berbakat besar.

Maka tidak hairanlah gadis yang berusia 28 tahun ini berjaya dalam kerjayanya dalam bidang seni dan hingga menerima pelbagai anugerah.

Bersyukur dengan segala kurniaan dan rezeki yang melimpah ruah diberi kepadanya, Mira Filzah menganggap apa yang dikecapi sekarang ini adalah perancangan dan susunan yang baik daripada Yang Maha Esa.

Mengakui puas apa yang diperoleh, Mira enggan dicop sebagai tamak atau tidak bersyukur.

Katanya, dia mahu memperbaiki diri dari semasa ke semasa supaya bakat seninya terus dipandang dan meraih kejayaan.

Ditanya apakah sasaran aset yang yang dia hajati tahun ini, Mira berkata, tiada sebarang sasaran sebaliknya dia mahu menggunakan harta dan wang yang dimiliki ke arah kebaikan tahun ini.

Sebelum mengakhiri temu bual, Mira enggan terlalu banyak bicara soal hubungan peribadinya sebaliknya akan memberikan kenyataan apabila sampai waktunya.