The Livescape Group bersama InTour Live dan iMe Entertainment Group mengumumkan Rockaway 2020, dipersembahkan oleh Tune Talk, sempena menyambut ikonik sepuluh tahun semenjak festival rock pertama ini diadakan pada tahun 2009. Festival rock legenda ini telah mengetengahkan 51,000 para rokers, 92 artis, 11 persembahan, dan 5 festival sepanjang sepuluh tahun yang lalu.

Festival muzik terbesar di Malaysia ini kembali dengan beberapa tambahan menarik dan akan berlangsung pada 14 & 15 Mac 2020 di kawasan letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rockaway telah melepasi jangkaan semua penggemar muzik rock sejak 2009, dengan menampilkan barisan nama-nama besar dan terbaik dalam genre muzik tersebut. Festival ini diadakan bagi menyemarakkan serta menyatukan kembali semangat komuniti rock dalam meraikan cinta mereka terhadap muzik ini.

Jangan lupa untuk datang melihat sendiri persembahan artis-artis rock tempatan dan luar negara serta merasai sendiri pengalaman hebat bersama para peminat muzik rock tanahair pada penganjuran kali ini.