Ayah penyanyi antarabangsa, Meghan Trainor menjadi mangsa langgar lari.

Laporan dari CNN mengatakan, Meghan setia menemani bapanya yang sedang dalam proses pemulihan.

Hujung minggu lalu, bapa Meghan Trainor, Gary Trainor menjadi mangsa langgar lari.

Penyanyi berumur 26 tahun itu memberitahu yang dia sememangnya rapat dengan bapanya.

Malah, Gary pernah membuatkan kejutan kepada kepada anak perempuannya semasa membuat persembahan di The Voice UK.

Dia muncul sebagai peserta menunjukkan kemahirannya bermain piano ketika Meghan menjadi salah seorang peserta.

Meghan berkata dia tidak malu bahawa bapanya yang banyak memberi inspirasi kepadanya dalam dunia muzik sehingga sekarang.