Rakyat Malaysia sudah biasa dengan promosi-promosi oleh gedung-gedung perniagaan setiap hari. Ada yang berikan 70 peratus semata-mata kerana mahu melariskan makanan mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya tidak mahu melepaskan peluang ini. Jadi, jadilah pengguna yang bijak.

Semua berpusu-pusu untuk mendapatkan harga yang murah yang mungkin jarang mereka dapat.

Ini yang berlaku pada sebuah syarikat rangkaian restoran makanan segera di seluruh negara kita pada 20/2/2020 (Khamis) lalu. Pada hari itu, semua pelanggan berpeluang membeli empat ketul ayam goreng pada harga RM20. Biasanya harga yang dijual RM32.

Dengar kata, ada yang sanggup beratur lebih dua jam sebelum sampai gilirannya untuk mendapat empat ketul ayam goreng.