Selepas berkenalan hampir 2 bulan, akhirnya pelakon Tasha Shilla dan pasangannya Muhammad Atiq Idris mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu.

Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu cinta sejati yang dicari selama ini.

Tasha turut mendedahkan wajah bakal suaminya itu yang bekerja di dalam bidang kewangan di Singapura.

Sementara itu, Atiq, 33, berkata dia terbuka hati menjadikan Tasha sebagai isteri kerana terpesona dengan sikap penyayang wanita itu.

Katanya lagi, pertemuan mereka di sebuah program amal membuka matanya untuk mengenali Tasha dengan lebih rapat lagi.

Ditanya mengenai tarikh mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga, Atiq berkata ia akan diadakan dalam masa terdekat.