Syarikat World Peace Entertainment (WPE) SDN BHD mahu wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih kepada penyanyi terkenal, Naim Daniel untuk kemukakan bukti yang kukuh yang mengatakan lagu Sumpah itu adalah miliknya juga.

Syarikat itu juga menyebut, lagu Sumpah menjadi hak milik Naim Daniel sebagai penulis lirik, manakala gubahan lagu tersebut dihasilkan bersama Omar K.

Walau bagaimanapun, syarikat itu sedia menimbang tuntutan daripada Dayan Amerda atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Binti Mohd Amerullah, 21 jika isu itu dibangkitkan dan ada bukti yang kukuh.

Baru baru ini Dayana yang mengakui bekas kekasih Naim Daniel memberi tempoh seminggu kepada penyanyi itu untuk membuat pengakuan terbuka berhubung isu penciptaan lagu Sumpah.

Dayana mahu pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL34) itu bersikap jujur mengenai isu tersebut.

WP Entertainment menambah bahawa pihaknya menyangkakan bahawa isu itu sudah selesai pada tahun lepas.