Perompak yang memecah masuk pejabat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di Bandar Baru Banfi meninggalkan nota sebelum melarikan sejumlah wang dan pelbagai peralatan yang berjumlah RM50,000.

Ebit dalam statusnya di Facebook memberitahu, beliau terkejut ketika dimaklumkan mengenai insiden sebelum memulakan majlis di Penjara Perlis.

“Lebih RM50,000 juga semuanya, Ya Allah Ya Tuhanku. Pencuri tinggalkan tulisan ini (Ampun Ya Pak, saya terpaksa)”, katanya.

Perkongsian di Facebook Ebit Lew mengenai insiden yang menyebabkannya kerugian lebih RM50,000 itu kini popular di media sosial dan meraih RM14,000 reaksi.

Walaubagaimanapun Ebit reda dan menyifatkan kejadian yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.