Penerbit dan pengarah program realiti terkenal Running Man, Jung Chul-Min memberitahu sebab utama dia nekad untuk menarik diri daripada program tersebut.

Menerusi laporan soompi, Jung Chul yang telah mengendalikan program hiburan keluarga itu selama lebih 10 tahun memberitahu kesihatannya tidak sebaik yang dulu tambahan lagi mengalami kesukaran mencari idea yang baharu untuk dipaparkan dalam program yang popular itu.

“Saya telah menjadi penerbit program ini selama lebih 11 tahun dan 7 tahun diabadikan untuk menghasilkan siri Running Man secara berterusan.

Jawatan Jung-Chul bakal digantikan dengan pembantunya, Choi Bo Pil.

Jung Chul bakal mengarahkan siri Running Man buat kali terakhir pada 18 Februari ini.

Running Man merupakan program realiti keluarga yang terkenal di Korea Selatan dan turut mendapat sambutan hangat di seluruh dunia sejak ia mula ditayangkan pada 2010.

Program ini menampilkan lapan orang selebriti terkenal iaitu Yoo Jae-Suk, Haha, Ji Suk-Jin, Kim Jong-Kook, Lee Kwang-Soo, Song Ji-Hyo, Jeon So-Min dan Yang Se-Chan.