Tahun 2020 adalah tahun yg mencabar bagi Neelofa kerana bakal memulakan perjalanan seninya di Indonesia.

Menurut Neelofa, 31 dia mengambil inisiatif menggunakan khidmat tutor bagi mempelajari dan menguasai Bahasa Indonesia.

Dalam perkembangan lain, Neelofa memaklumkan dia bakal menyertai sebuah projek filem di Indonesia.

Tambahnya, filem tersebut dijangka akan memulakan pengambaraan sekitar April depan.

Sementara itu, bekas pengacara Meletop ini memberitahu dia bakal menyewa sebuah rumah di Jakarta bagi memudahkan urusannya di negara berkenaan.