Setelah beberapa kali keluar masuk hospital tahun lalu, Mamat Khalid akhirnya semakin pulih.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Khalid, 57 pada mulanya dia tak menyangka penyakit yang dihadapinya berpunca daripada terkena buatan orang dan berusaha untuk mendapatkan rawatan tradisional.

“Saya pernah dikomakan selama 21 hari akibat masalah pada tahun lalu. Kalau diikutkan, maksimum orang normal biasa dikomakan selama 15 hari sahaja” katanya kepada media.

Pada Januari tahun lalu, Mamat pernah koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya akibat lebihan air dalam badan.

Kemudian, Mama dimasukkan semula ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas mengalami sesak nafas berpunca daripada masalah yang sama Oktober tahun lalu.

Biarpun kesihatannya beransur pulih, dia perlu menggunakan kerusi roda sebagai sokongan untuk mengawal pengambilan air di dalam badan supaya tidak berlebihan.