Anda pernah lihat telur bungkus dijual ? Ya perkara ini berlaku.

Reaksi pada awalnya agak menjengkelkan dan berasa geli dengan kebersihan telur tersebut. Sumber mengatakan telur yang dibungkus itu daripada telur-telur yang pecah dalam satu papan kemudian dikumpulkan dalam satu plastik dan diikat.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah warganet berkongsi cerita yang menyedarkan kita semua.

Mereka memberitahu bahawa kemungkinan pembeli-pembeli produk ini bagi orang yang kurang berkemampuan. Mereka mungkin tidak mampu membeli barangan yang segar.

Kadang kebersihan berada di tempat kedua asalkan ahli keluarga dapat makan.