Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza selamat menjalani pembedahan kecil bagi persiapan untuk hamil anak kedua pada hari Isnin, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza kini sudah dibenarkan pulang.

Menurut Datuk Siti, 41 dia akan berehat dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum melakukan proses seterusnya.

Tambah Siti dia perlu menjalani pembedahan tersebut sebelum kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dibuat sama seperti hamilnya anak pertama dahulu.

Menerusi Instagram beliau, penyanyi lagu Anta Permana ini berkongsi dengan warganet ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas menjalani pembedahan kecil.

Bagaimanapun, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini turut memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan dan jemputan menjayakan majlis hiburan.

Dalam perkembangan yang lain, Siti memberitahu kepada media dia bakal menyambung proses pembikinan album terbaru sebelum berehat panjang.

Pada 19 Januari lalu, ibu kepada Siti Aafiyah ini berkata dia sudah mendapatkan nasihat doktor bagi proses rawatan kesuburan IVF dan berkemungkinan akan berehat sepanjang proses berkenaan.