Setelah sekian lama maki hamun DSV di sosial media, akhirnya Azwan Ali memohon maaf secara terbuka.

Perkara itu dilakukan pada hari Selasa di atas penghinaaan kepada DSV di laman sosial media.

Beserta permohonan maaf itu, Azwan turut berjanji akan memadam semua video yang berkaitan isu berkenaan di Twitter seperti yang terkandung dalam tuntutan.

Azwan Ali ditemui semasa sidang media tergempar yang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya pada hari Selasa.

Turut hadir bersama ialah peguamnya, Fu’ad Hawari Izair & Partners, Tetuan Mohamed Fu’ad Zainal Abidin.

Pada hari Isnin, Datuk Seri Vida (DSV) menuntut Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka susulan isu yang timbul selepas kemunculannya dalam Karnival Cik B Vaganza Tour 2020, baru-baru ini.

Azwan berkata dia dengan rela hati membuat permohonan maaf meskipun rakaman video dan status yang dimuat naik di laman sosial media itu tidak menyebut mana-mana pihak.