Seorang lelaki Vietnam sanggup untuk menggali semula kubur isterinya lalu memasukkan ke dalam plaster patung. Selain itu juga dia sanggup untuk tidur bersama mayat tersebut setiap malam selama 17 tahun.
 
Lee Van, 66 yang berasal dari Wilayah Quang Nam pernah menjadi viral sebelum ini, namun orang rmai menganggap ianya sebuah mitos yang sengaja untuk direka cerita.
 
Namun sehingga hari ini, Le Van masih tidur bersama mayat isterinya tanpa menghiraukan kata orang ramai termasuk ahli keluarganya.
 
Isteri Le Van meninggal dunia pada tahun 2003 dan sejak hari itu Le Van tidur di perkuburan arwah isterinya selama 22 tahun, sebelum ianya nekad untuk menggali kubur arwah isterinya lalu membawa balik ke rumah mayat tersebut.
 
Le Van berkata walaupun dia berkerusi roda dan tak mampu berjalan seperti orang biasa, tidak menjadi alasan untuk dia menguruskan ‘isterinya’ dengan membelikan baju baru serta alat solek.