Isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan bersifat terbuka untuk berbaik-baik dengan bekas madunya, Fatin Nurul Ain.

Beberapa foto bertemu dan berpelukan antara Fatin dan Dr Erin. Perkongsian gambar itu tersebar dengan cepat di sosial media.

Menganggap kritikan daripada masyarakar sebagai ujian hidup, Dr Erin akui situasi itu dapat dikawal dengan tenang.

Ada segelintir netizen mendoakan supaya Fatin dan Da’i Farhan rujuk kembali setelah 2 bulan bercerai.

Dr Erin juga akur dengan suaminya jika membuat keputusan untuk berkahwin lagi.

Farhan dan Fatin telah bercerai ketika Fatin sedang hamil melalui aplikasi Whatsapp pada 3 Disember tahun lalu.

Perkara itu terjadi selepas Farhan berkahwin dengan Dr Erin ketika sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekkah .