Filem dari Korea Selatan, Parasite telah memenangi Oscar dalam kategori Best International Feature Film pada hari Ahad (9/2/2020).

Filem arahan Bong Joon-Ho telah mengalahkan filem lain seperti Corpus Christy (Poland-Perancis), Honeyland (Macedonia), Les Mirable (Perancis), dan Pain Glory (Sepanyol).

Parasite adalah sebuah filem komedi seram arahan Bong Joon-Ho yang dirasmikan pada tahun 2019. Ia dibintangi pelakon seperti Song Kan-Ho, Lee Sun-Kyun, Cho Yeong-Jeong, Choi Woo-Shik, dan Park So-Dam.

Dalam Pertandingan Oscar 2020, Parasite juga tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Filem Internasional Terbaik, Reka bentuk Filem Terbaik dan Edit Terbaik.

Filem ini juga sebelum ini memenangi Palme d’Or di Festival Filem Cannes 2019 dan menjadi filem pertama Korea Selatan yang mendapat penghargaan tersebut.