Pelawak Maharaja Lawak Mega, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Bin Mohd Syed Mohd Redzuan, 32 meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada hari Isnin (10/2/2020).

Perkara mengejut itu disahkan oleh adiknya sendiri, Ali iaitu adik kepada Abam. Ali memberitahu kepada media bahawa Abam mengadu demam dan kurang sihat sejak dua hari lepas. “Di ajak ke hopital tetapi Abam tidak mahu. Namun bila mahu kejut dia untuk solat subuh, dia tidak memberi sebarang tindak balas” katanya lagi.

Abam dan isterinya, Nor Hidayah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 Tahun. Abam juga merupakan ahli kumpulan pelawak, Bocey bersama Fad dan Acey.