Filem 1917 menceritakan tentang kejadian yang berlaku semasa Perang Dunia Pertama, melibatkan dua orang tentera British yang cuba menyampaikan maklumat sulit dan penting untuk mengelakkan sepasukan tentera British daripada diserang hendap oleh musuh.

Filem yang dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, Mark Strong, Andrew Scott, dan Richard Madden mengisahkan dua tentera British muda, Schofield dan Blake yang bertugas semasa Perang Dunia Pertama. Mereka menggalas sebuah misi yang berat iaiu untuk melintasi wilayah musuh untuk menyampaikan maklumat sulit dan penting untuk menghentikan serangan maut terhadap ratusan askar, saudara Blake (Richard Madden) di kalangan mereka sekaligus akan mengelakkan pasukan tentera British diserang hendap oleh musuh.

Filem 1917 ni ditayangkan lebih awal kat Amerika Syarikat iaitu pada 25 Disember 2019 dan dah terima macam-macam pencalonan untuk beberapa anugerah. Review pun boleh tahan gempak. Yang minat filem bertemakan perang, wajib tengok filem 1917.

Tonton trailer 1917 :

Jangan lupa untuk saksikan filem 1917 pada 16 Januari ini!! Terima kasih kepada United International Pictures Malaysia.

Terima kasih kepada United International Pictures Malaysia #WAYANGBEST