La Llorona atau The Weeping Woman, merupakan lagenda rakyat Mexico. La Llorona mengisahkan seorang wanita yang menangis kerana kehilangan tiga anaknya kerana dia membunuh mereka dengan mencampak mereka ke dalam sungai. Dia kemudiannya kesal dengan perbuatannya itu, dan membunuh diri. Sejak dari itu, rohnya menjadi tidak tenteram dan dia mencari kanak-kanak yang sesat untuk dijadikan anaknya.
Pengarah tersohor filem seram, James Wan yang popular dengan filem The Conjuring kembali dengan menghasilkan filem seram berdasarkan cerita lagenda seram ini. Pengarah Australia kelahiran Sarawak itu bertindak sebagai penerbit untuk filem The Curse of La Llorona yang akan diarah oleh Michael Chaves.

Filem ini membawa roh legenda itu ke Los Angeles sekitar tahun 1970-an, di mana seorang pekerja sosial dan anaknya dihantui selepas mengabaikan amaran seorang ibu bermasalah.
Filem ini dibintangi Linda Cardellini, Raymond Cruz dan Patricia Velasquez. Ini juga merupakan filem pertama arahan chaves, yang mana dia turut mendapat kontrak untuk mengarahkan filem ‘the Conjuring 3’.

Sepanjang minggu ini anda berpeluang untuk mendapat sepasang tiket ke tayangan khas filem ini beretempat di GSC Paradigm Mall Johor Bahru.
Mudah sahaja, jadi pemanggil terpantas dan berikan kata laluan”LaLlorona Wayang Best” dan MENANGI 2 TIKET TAYANGAN KHAS untuk filem The Curse Of The Weeping Woman yang bakal ditayangkan pada 18 April ini.
Terima kasih kepada Warner Brothers Pictures
Editor : Farah Ishac via www.astroawani.com