WhatsApp telah mengemaskini aplikasinya dengan menambah sebuah ciri sokongan baru iaitu “Stickers”

Berbeza dengan emoji, “sticker” merupakan sokongan yang mempunyai watak tersendiri pada saiz lebih besar. Ciri ini sudah terkenal pada perkhidmatan pesanan ringkas lain seperti LINE, Telegram dan Facebook Messenger.
Pengguna WhatsApp boleh menggunakan ciri ini dengan menekan butang “Emoji” pada bahagian penjuru kiri dan seterusnya memilih tab “Stickers”. Pengguna turut boleh memuat turun sejumlah “Stickers” yang telah disediakan dengan menekan pada butang “+” ketika membuka tab “Stickers” ini.

Lepas ni lebih syok lah pakai WhatsApp!
Kredit : says.com/my/