Rekabentuk pentas yang canggih akan digunakan untuk para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada malam sambutan besar-besaran sempena kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali kelima berturut-turut pada hari Jumaat, 20hb Julai 2018.
Pentas berkonsepkan ‘360 degree view’ beserta dengan kesan pencahayaan yang menarik akan ditampilkan pada malam tersebut untuk memberikan konsep yang berlainan daripada tahun-tahun sebelum ini.
Para penyokong yang hadir berpeluang mengelilingi dan berada di sekeliling pentas yang berbentuk heksagon tersebut untuk bersama-sama pemain meraikan kejuaraan bersejarah dalam bola sepak tanah air ini sambil menyaksikan pertunjukan bunga api terbesar
Kredit Sumber : Johor Southern Tiger