Best FM
  • Segmen
    • Best Hits
    • Best Cafe
    • Best Petang
    • Best Night
  • Penyampai
    • Zairi
    • Fiezah Rahman
    • Helmi
    • Fad
    • Ieqa
    • ZZ
  • Artikel
    • Hiburan Best
    • Cerita Best
  • Best FM
  • JDT
  • Dengar Live

Best FM

  • Segmen
    • Best Hits
    • Best Cafe
    • Best Petang
    • Best Night
  • Penyampai
    • Zairi
    • Fiezah Rahman
    • Helmi
    • Fad
    • Ieqa
    • ZZ
  • Artikel
    • Hiburan Best
    • Cerita Best
  • Best FM
  • JDT
  • Dengar Live
Best FM bersama Program Singgah Sahur Kelab Media Johor
Cerita Best

Best FM bersama Program Singgah Sahur Kelab Media Johor

24 May 2018


 

JOHOR BAHRU: Kelab Media Johor (KMJ) untuk tahun kelima berturut-turut, menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan di sekitar bandar raya ini.

Sebanyak 13 kereta bersama kira-kira 40 ahli KMJ berkonvoi ke empat destinasi terpilih bagi mengagihkan 200 bungkus Nasi Ambang untuk sahur, bermula jam 1 pagi tadi.

Destinasi terbabit ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Hospital Pakar KPJ Johor di Jalan Abdul Samad, Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Johor Bahru, serta Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.

Antara organisasi media yang menyertai program itu ialah NSTP, Sinar Harian, RTM, Astro Awani, TV AlHijrah, Utusan Malaysia, Bernama dan Best FM.

Malah, Singgah Sahur di Hospital Pakar KPJ Johor turut dimeriahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal.

Dr Sahruddin berkata, kerajaan negeri akan sentiasa menyokong dan mengalu-alukan sebarang program yang memanfaatkan rakyat.

Sementara itu, Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak, berkata pihaknya bangga dapat melaksanakan inisiatif berkenaan dan berharap ia diteruskan pada masa depan.

“Program ini secara tidak langsung dapat menzahirkan penghargaan kepada petugas yang menyumbang kepada negara, di samping meraikan Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas program itu, di sini.

Beliau berkata, program itu juga menjadi kegiatan santai ahli KMJ, selain dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama media di negeri ini.

Sumber : Berita Harian

Share
Tweet
WhatsApp
0 Shares
2018Kelab Media JohorSinggah Sahur

Anda Mungkin Suka

Pentas Best FM Celebrates JDT Victory

20 July 2018

Misi Squad Pagi Best – Bantuan Banjir Bersama...

15 January 2018

Get Well Soon Mya Ruslee

12 April 2019

Viewing Party Best FM Final World Cup 2018

14 July 2018

Shahrol Shiro – Selami Pesakit Kanser

22 January 2018

Walk Of Heart Bersama Almas Dan Best FM

12 July 2018

Best FM Terbaik Untuk Ramadan dan Rayamu

6 May 2019

Shahrol Shiro Tak Kesal Tinggalkan Karier Untuk Balik...

24 April 2018

BEST Layan Peminat Tonton Wayang Percuma

2 October 2018

PENTAS BESTFM@OMBAK FESTIVAL

8 July 2019

Terkini

  • Jumanji The Next Level

    2 December 2019
  • Zombieland: Double Tap

    29 October 2019
  • Disayangi pelajar, pemergian “pak guard” Convent Bukit Nanas diratapi warganya

    9 October 2019
  • R. Gopinathan bekas pemain Pahang FA ucap dua kalimah syahadah

    9 October 2019
  • Terma Dan Syarat
  • Notis Privasi
  • Hubungi Kami

Best FM. © Hak Cipta Terpelihara Suara Johor Sdn. Bhd. (184295-W)